assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung2 blog peribadi saya ni.......
Jumaat, 12 Mac 2010
Bisness & Sikap
Posted by mohd salman at 2:22 PG 0 comments
Ahad, 3 Januari 2010
Selamat TAhun BAru Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Tanggal 31 Dis 2009 telah 4 hari berlalu dan kini kita telah melangkah ke tahun berikutnya, 2010. Negara kita; MAlaysia, telah memacu selangkah lagi dalam kemajuan dan pembangunannya di bawah Perdana Menteri yg baru, Dato' Seri Najib Tun Razak. Pelbagai kemudahan dan bantuan kewangan disalurkan kepada rakyat melalui pelbagai saluran-saluran di bawah pelbagai kementerian. Amat jelas objektif yang ingin dicapai oleh pemimpin-pemimpin negara ini, iaitu ingin memajukan dan menaik taraf hidup rakyat Malaysia. Namun begitu, adakah rakyat Malaysia mempunyai azam yang sekomited ini??
Negara kita telah membelanjakan sejumlah besar peruntukan sebagai bantuan dan subsidi kepada rakyat, Pelbagai bantuan digubah dan disalurkan kepada rakyat baik di kawasan bandar atau di desa. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis pinjaman kewangan yg menguntungkan rakyat ditawarkan untuk memudahkan rakyat terutamanya dari bangsa Melayu untuk memulakan perniagaan. Namun begitu, berapa ramai Melayu yg 'concern' dengan kemudahan ini?? Adakah kita hanya mampu berpuas hati dengan kekayaan yang dimiliki oleh bangsa lain?
Segala usaha yang dijalankan oleh Kerajaan tidak akan berhasil sekiranya pihak yg dibantu itu sendiri tidak berusaha keras dan mengubah sikap. Tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan bahawa kita semua adalah terlalu manja kerana terlalu berharap kepada Kerajaan dalam setiap perkara. Apa yang difikirkan hanyalah bonus tahunan dan cuti... Sudah berapa banyak cuti umum yang kita ada dalam setahun? Dalam hal bonus gaji, saya amat paham bahawa kita sebagai government servant amat-amat memerlukan bantuan kewangan dari kerajaan kerana event2 yang besar memerlukan perbelanjaan yg lebih.. Namun, tidaklah logik sekiranya bantuan yang dipinta itu keterlaluan sehingga menyebabkan sejumlah besar wang diperuntukkan. Adakah kita terfikir bahawa wang tersebut mungkin berguna untuk pembangunan dan kemajuan negara? Mungkin juga wang tersebut mampu diperuntukkan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan asas lain?
JAdi, di kesempatan ini saya ingin menyeru seluruh warga Malaysia untuk sama2 menambah satu lagi azam di samping azam2 baru anda pada tahun ini. Tambahkan azam ini: SAYA INGIN BERUSAHA LEBIH TEKUN UNTUK MENYUMBANG DALAM PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA. Jatuh bangun sesebuah negara adalah bergantung kepada rakyat negara itu sendiri. Jika fizikal, mental dan spritual rakyat sesebuah negara kuat, maka kuat dan kukuhlah negara tersebut. Jika rakyat sesebuah negara itu lemah, manja dan lansung tidak mempedulikan negaranya, maka sekuat mana pun usaha yg dilakukan oleh badan pemerintah, hasilnya tetap KOSONG..
Posted by mohd salman at 4:47 PTG 0 comments
Isnin, 16 November 2009
SALAM KEMBALI...
Assalamualaikum semua...
hm, pertama sekali saya amat2 la bermohon maaf sebab dah lama sangat tak update blog saya ni..
dah macam mobolize dah..
bukan ape, lepas habis semester baru, baru la rasa relaks sikit.. ini pun ada lagi satu paper last.. CONFLICT MANAGEMENT..
Kepada semua Muslim, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.
Posted by mohd salman at 9:47 PTG 0 comments












